RANCANGAN HARIAN


Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh/Hari : Masa: 8.45 pagi hingga 9.45pagi
Kelas : 1 Bestari Bil. Pelajar: 28 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Keluarga
Tajuk : Kereta Kecil

Objektif Eksplisit:
Selepas pembelajaran murid boleh:
-menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup yang terdapat dalam lagu.
-menyebut seni kata lagu dan menyanyikan lagu ‘Kereta Kecil’.

Pengetahuan Sedia Ada:
-Murid telah mengenal abjad dan boleh mengeja serta menyebut suku kata terbuka kvkv.
-Murid telah biasa menaiki kereta dan mengenal ciri fizikal sesebuah kereta.
-Murid telah mempelajari lagu ‘Kereta Kecil’ dalam Pendidikan Muzik.


Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Moral, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dan Pendidikan Muzik.
KBT:
KB : Menghubungkait
BCB : Bacaan intensif
EMK : Keushawanan (menulis suku kata dengan kemas)
Media : Carta seni kata lagu, kereta mainan kecil, kad putih dan pen marker radio dan CD lagu
Sistem Bahasa: kata nama dan perkataan suku kata tertutup.

Fokus utama:
Standard Kandungan:
3.2- Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
Standard Pembelajaran:
3.2.3-Menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul dan tulisan kemas.
Fokus Sampingan:
Standard Kandungan:
4.1-Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Standard Pembelajaran:
4.1.1- Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian didik hibur.


Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
4 minit -Guru menunjukkan sebuah kereta
Kecil (kereta mainan) dan minta murid bercerita secara lisan ciri-ciri kereta yang ditunjukkan.
-Guru menyoal murid:
Sekiranya mereka ada kereta, siapakah yang akan dibawa.
-Murid bercerita tentang kereta yang ditunjuk oleh guru.
Contoh:
*Kereta berwarna merah.
*Kereta ada empat tayar.
*Kereta ini kecil.
-Murid akan menjawab :
Contoh:
Ayah
Ibu
Adik
Kakak Lisan






Menyatakan pendapat:
KMD
Perkembangan

Langkah 1
6 minit Membaca perkataan suku kata tertutup:
*warna
*merah
*boleh
*pandu
*sekolah -Guru mempamerkan seni kata Lagu’Kereta Kecil’.
-Guru bimbing murid mengeja dan membacaseni kata lagu.
-Murid mengeja dan membaca seni kata lagu ‘Kereta Kecil’.

Contoh lagu:
Ayahku balik dari kota
Ayahku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Bolehku pandu ke sekolah. -Membaca beramai-ramai.
-Membaca secara individu.
-Seni bahasa.

Langkah II
7 minit -Menulis perkataan suku kata tertutup:
*warna
*merah
*boleh
*pandu
*sekolah -Guru mengedarkan kad putih dan pen marker kepada murid.
-Guru menyebut perkataan dan meminta murid menulis di atas kad putih.
-Guru akan menegur jika ada kesalahan ejaan berlaku.
-Murid menulis perkataan yang disebut oleh guru.
-Murid mengangkat kad putih untuk ditunjuk kepada guru perkataan yang telah ditulis.
-Murid menulis secara individu.
-Kesalahan ejaan akan dapat dikesan serta merta.

Langkah III
5 minit Nyanyian lagu ‘Kereta Kecil’ -Guru memperdengarkan lagu.
-Membimbing murid menyanyi lagu dengan iringan muzik dari CD.
-Murid menyanyi lagu beramai-ramai berdasarkan carta seni kata lagu.



Didik Hibur

Langkah IV
5 minit a_ _ _
me_ _ _
ke_ _ _
a_ _ _
ne_ _ _ -Guru mengedarkan lembaran kerja.
-Mengarahkan murid supaya melengkapkan perkataan di lembaran. -Murid melengkapkan perkataan dengan suku kata tertutup yang betul. Pentaksiran di lembaran.
LangkahV
3 minit -nyanyian sambil menyebut perkataan dengan betul.
*ayah
*kecil
*adik
*nenek -Guru meminta murid menyanyikan semula lagu’Kereta Kecil’
-Minta murid mengeja semula perkataan. -Murid menyanyi lagu beramai-ramai.
-Murid mengeja perkataan beramai-ramai. Didik Hibur
-Mengingat semula
(penutup kognitif)




No comments: